Hujung bulan April baru2 ni, kami sekumpulan warga Melayu kat Limerick ni pegi berkelah kat Tasik Killaloe. Lokasinya lebih kurang setengah jam dr Limerick. Kat sana kitorang buat BBQ... berpicnic kat tepi tasik.. Cuaca masa tu oklah... tak la hujan. Tapi, angin kat situ kuat...ssssejuuuk!!
Kami pilih lokasi yg agak jauh dan tersorok sikit. Pemandangan tepi tasik lawa, sbb tasik luas saujana mata memandang.... tapi kat pesisir tasik tu kurang menarik skt...
Sampai kat lokasi pilihan... tikar dibentang.. bekalan dibuka... api pun dihidupkan.... bakar ayam, kambing dan daging lembu... Ada juga side menu coleslaw, mashed potato, roti, kebab, puding, keropok...etc..etc..
Sambil2 dan selepas makan2 ada aktiviti sampingan.. main2 tendang bola je..hehe... budak2 seronok sgt main kat gigi air... tak sedar pulak angin kuat dan sejuk.
Gambar2 atas tu sekitar BBQ tuh...
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).