Tuesday, February 27, 2007

Kisah seorang nenek tua Si Penjual Tempe

Ini ada satu kisah...dikatakan kisah benar... wallahua'lam kisah benar ke tidak.. yg penting ada sedikit pengajaran...



Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, hanya separuh yang menjadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bekal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan itu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi dan sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi, dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini
menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

MORAL:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Adakalanya kita harus melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak ingini dan sukai demi kebaikan kita dan orang-orang yang kita sayangi.


Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

MAY ALLAH BLESS US. AMIN..........

Monday, February 26, 2007

Khairul Fahim Rosdi


Ni gambar Khairul Fahim ... cousin baru huda yg tak sempat kami jumpa... lahir bebrapa hari selepas kami berangkat ke ireland nih... Actuallynya, dalam thn 2006 saja, tok dan tokki huda dapat 4 org cucu sekaligus... yg bongsu sekali khairul fahim ni la.. sekarang dah umur dalam 3 bulan lebih kot..

Huda, Fawwaz, Nabhan





Ni antara gambar2 terkini huda, fawwaz, nabhan dan kawan2...
Nabhan sekarang dah 7 bulan... perkembangan terbaru, gigi nabhan dah nak mula tumbuh kat bahagian bawah.... :)



Tunggu ayah interview






Ari sabtu, 24/2 baru ni, zali and the gang (kwn2 sepengajiannya kat UL) pegi interview utk keje part time Dunnes Store kat Jetland Shopping Centre. Kami anak branak pegi la .. bagi skongan moral..hehhe.... gambar2 ni, huda,fawwaz dan kawan2 main2 kat sekitar tempat tuh sementara tunggu ayah masing2 habis interview... mudah2an ada rezeki dapat la keje part time tuh...




1st visit to Cork







Semalam 25/2 kami sekeluarga sampai ke cork.. salah satu daerah kat ireland nih.. perjalanan dr limerick ke cork lebih kurang 1jam setengah.... saja, test keta baru (baru beli..hhehe)... alhamdulillah selamat sampai... dan selamat balik semula ke castletroy..

Saturday, February 24, 2007

Tahniah buat Fitri dan Yulia

Berkongsi kegembiraan....

Semalam, 23/2 bersamaan 5 safar 1428H seorg 'sedara' kami kat sini selamat manjalani operation, caesarian, melahirkan baby girl seberat 3.4 kg kat maternity hosp kat sini.. Puteri sulung.. Alhamdulillah... Semoga dia nanti akan menjadi anak solehah, penyejuk mata ibu dan ayah...

TAHNIAH BUAT FITRI dan YULIA!!!

Kek sandwich


Resipi kek sandwich ni saya dapat drp kak aida, housemate kami la.

6 biji telur
1 cawan gula halus
1 1/2 cwn butter
3 cwn tepung (saya biasa guna self raising flour jer..)
4 sudu besar madu/golden syrup
baking powder
jem (biasa saya guna jem strawberry atau peanut butter)

Cara2 dia...cam biasa la, pukul gula ngan butter sampai kembang, lepas tu masukkan telur, lepas tuh, tepung,baking powder...then madu/golden syrup.. Dah siap adunan,bahagi kepada 3..masukkan dalam baking tray tuh..bakar dalam preheated oven (ala... macam buat kek2 lain la...) lebih kurang dalam setengah jam.
Bila dah masak, terbalikkan satu persatu drp setiap tray. letak la atas pinggan ke..apa2 la. Bahagian yg diterbalik tuh, sapu jem.Then,kepingan kek yg lagi satu tu terbalikkan atas yg tadi. Sapu jem lagi kat bahagian yg terbalik tuh.. then sekeping kek lagi tu terbalikkan atas yg kedua td.. jadila kek tu berlapis2 dgn isi jem antara kepingan kek tuh.. macam sandwich la.
Saya biasanya buat setengah drp adunan resipi kat atas, then dibahagi 2 masa bakar tuh.. hasilnya jadi kek 2 lapis je la. Buat setengah adunan tuh, cukup la utk kami sefamily sekali makan... best served hot!

Program 'Menge-teh'





One of the interesting thing dlm komuniti melayu kat limerick nih... ialah program 'menge-teh' atau singkatannya.. 'nge-teh' (=makan2....minum2....chit chat2...) Ntah sapa la yg create istilah tuh.. apa2 pun kami enjoy mengeteh nih.. almost every week ada mengeteh... Usually hari jumaat, malam tu la. Gilir2 rumah la... ada je yg volunteer jd tuan rumah. Kalau tak de org volunteer, acara tetap kat rumah tok penghulu la... rumah kak salmi.. hehee.. Ari khamis 22/2 baru ni, buat pertama kali nya, kami jd tuan rumah... Menu kami malam tuh, soto,kek sandwich, custard jagung... buah limau..pisang... air teh o.... Sambil makan2 macam2 crita la.. Kat ujung2 majlis tuh... kaum ibu.. biasa la... menyibuk la kat dapur pulak... ada la yg berminat pulak dgn resipi2 menu kami.. Nanti lepas ni saya postkan resipi2 sedikit sebanyak...

Gambar2 kat atas tuh, sekitar majlis ngeteh rumah kami la.. gambar yg last tu,tok ngulu kami :) kak salmi ngan husband dia, abg mat.

Wednesday, February 21, 2007

Pengalaman pertama beraya kat negeri org







Kami datang ireland ni pd hari raya ke10, raya aidilfitri... sempat la berpuasa dan beraya pose kat malaysia thn lepas.. ni pengalaman pertama raya aidiladha kat negeri org nih.. gambar2 ni bersiap2 nak kluar g masjid solat sunat hari raya, dan juga gi berkumpul kat rumah seorg kawan yg buat open house.

Tu la dianya masjid kat Limerick nih..



Permata hatiku

Telatah anak2 kami....

http://www.youtube.com/watch?v=gZcCmgr48aE

dan juga

http://www.youtube.com/watch?v=geJcv1CRP_w

dan juga

http://www.youtube.com/watch?v=blapdirW-

Tuesday, February 20, 2007

Housemate kami

Kat atas tu gambar Qistina dan Qushairi, kawan Huda dan Fawwaz.. Mamanya nama K. Aida, papanya Mr H....ni housemate kami la actually.... rumah kami, ada 5 kanak2 smuanya. Nabhan je la kecik lagi..yg lain2 tu...kejenya main je la hari2 selain drp tengok tv...Waktu siang tv buka channel kartun je la sepanjang hari...kami subcribe Chorus, lebih kurang mcm Astro la...Riuh rendah kat rumah tiap2 hari, macam nurseri plak. Nana (Qistina) dah sek..6thn. Huda msk sek nanti start sept 07 ni. Kat sini sessi sek mula bulan sept..

Tu la.... family besar kami kat sini

Monday, February 19, 2007

Baiti Jannati








Ni la rumah kami kat sini.... dekat je ngan UL,zali boleh g jalan kaki jer.... Kami kongsi sewa rumah ngan 1 lagi family dr malaysia jgk.. kawan zali kat Kuktem (sekrg uni malaysia pahang)

Putera puteriku




Sedikit background about my family... Sekarg ni, kami sekeluarga menetap kat No1, Plassey Grove, Castletroy,Limerick, Rep of Ireland. Kami ada 3 cahayamata, yg pertama Huda,5 thn. No 2, Fawwaz,br msk 3thn ari ni, 19/2 dan yg kecik, Nabhan, nak masuk 7 bln. Gambar kat atas tu putera puteri kami la tuh... Suami sambung stadi phD kat University Limerick... the reason why we are here now,and the for the coming next 3 years..

kek pisang.....cont

Ni resipi kek pisang yg ambik drp kak salmi;

  • 4biji telur
  • 2cwn gula
  • 1cwn minyak
  • 2cwn pisang yg dilenyek
  • soda bikarbonat
  • esen vanilla
  • 3cwn tepung gandum.

Tu je la resipinya yg simple...Esen vanilla tu.. saya tak guna, sbb menurut buku
'Halal dan Haram' tebitan Pers Pengguna Pulau Pinang, katanya esen vanilla ada unsur2 alkohol...wallahua'lam.. Saya penah cuba buat guna tepung naik sendiri ganti tepung gandum,sbb dlmnya pun ada unsur2 soda bikarbonat ...ada org kata tak jadi..tp, saya buat ok la... jd la jugak.. ada la rupa dan rasa kek pisang yg jual kat kedai(kat malaysia) yg ada gambar kartun pisang kat bungkusan dia tuh..hehhe.. so, saya rasa terpulangla kot... sapa2 yg tak penah cuba, kalau nak cuba, silakan.....

Sunday, February 18, 2007

kek pisang

Bila duduk kat oversea nih... apalagi bila jd fulltime housewife nih.. begitu ideal plan dalam kepala. Kalau boleh seme benda yg berkait urusan rumahtangga, particularly hal masak memasak, nak buat sendiri. Mulalah tercari2 apa2 resipi yg bagus2.. ada blaja buat air soya(dah penah cuba....menjadi!) buat tempe(penah cube sekali, tak jadi!) Mmmm...minggu2 pertama duk kat ireland nih, ada jemputan open house kat rumah kak salmi(kawan zali kat UL). K salmi pandai buat kek pisang...one of my favourite cake! Sblm ni tak pandai pun buat kek... pendek crita, ambik la resipi kek pisang kak mi, melalui mazidah(kawan yg kije kat ireland ni, also my jr kat sekolah dulu!)..Try buat,kali ke3 baru ada rupa kek pisang kak mi! anyway, worth try!...heheh.. resipinye.... to be continued... nabhan dah mula nangis nih....

Friday, February 16, 2007

Syurga di bawah tapak kaki ibu....






    Nak membentuk diri menjadi seorg ibu yg baik, bukan semudah ABC.Melihat anak2 membesar di depan mata selama 24jam sehari.....dgn karenah anak2 yg macam2...adakalanya mencabar kesabaran dalam diri....senang kata, kadang2 boleh jadi tension jugak! kalau kita keje... sekali sekala, boleh la lupakan hal anak2 kejap.... join kawan2... buat keje kita...tp, bila keje jd housewife 24 hr nih.. mau tak mau terpaksa la berdepan dgn anak2 start buka mata paginya, sampaila nak pejam mata smula malamnya...dan selalunya tgh kita tido pun anak2 kacau jugak!... patutla org kata... "syurga itu dibawah tapak kaki ibu"... sbb, susah nak jadi ibu yg baik nih..

Teringat satu cebisan kata2 yg kukira menarik (dikirim oleh seorg sahabat melalui sms)...."motherhood is a tough 24-hr job: No pay, no day-off,most often unappreciated; and yet resignation is impossible!"

Apa2 pun.... i enjoy myself for being a mother...


Thursday, February 15, 2007

sepatah bicara...


salam....

again...welcome to my page.. it has been a great pleasure to get a chance to create a homepage of my own....it's not just that becoz i was too bz last time (konon2nya...maklum la, wanita berkerjaya katakan!hahhaha....) tp sebenarnya.. malas nak explore...dan juga tak tau where to start!

now....that i'm quite 'free'... not that free actually...for being a fulltime housewife with 3 kids...

pejam celik2X... ari ni 15/2 2007..dah 3 bulan lebih kami sefamily berada kat bumi ireland nih..
alhamdulillah diberi peluang olehNya utk berada di sini, mengalami sendiri suasana kat tempat org nih.. walaupun cuma escort hubby je,good experience though... bak kata a friend of mine....