Thursday, June 16, 2011

Malang tidak berbau

Hari ini aku sepatutnya menghadiri satu kursus. Itu jadual asal untuk hari ini, tapi tak jadi sbb kursus tersebut ditangguhkan ke tarikh lain.

Sebagai ganti, aku sepatutnya masuk bekerja seperti biasa. Tapi, disebabkan jadual kerja telah di'set'kan, dan oleh kerana sudah pun cukup tenaga kerja untuk hari ini, aku dinasihatkan 'bercuti'. Aku dengan senang hati menyambut baik cadangan tersebut.

Kebiasaannya, apabila aku masuk bekerja pagi, suami yg akan hantarkan anak2 ke sekolah. Dan bila masuk kerja sebelah petang, kami sama2 akan menghantar anak2 ke sekolah. Hari ini, berkebetulan suami ada urusan di luar Kuantan, dan kebetulan aku pula bercuti, maka aku sendirian ambil tugas hantar anak2 ke sekolah.

Di waktu yg awalnya aku dijadualkan berada di tempat kursus, ditakdirkan aku berada di perkarangan sekolah anak2.....dan ditakdirkan pula terlibat dalam satu kemalangan kecil.


Gambar hiasan

Berhadapan dgn mangsa kemalangan bukan satu yg asing bgku. Hampir setiap hari (hari bekerja). Daripada seringan2 kecederaan, sehinggalah kepada yg membawa kematian. Tetapi terlibat dgn kemalangan secara langsung, inilah baru kali pertama.

Alhamdulillah, cuma kemalangan kecil. Tidak melibatkan kecederaan fizikal sendiri atau anak2. Juga tiada kecederaan fizikal kepada pihak satu lagi. Sekadar kecederaan 'kecil' kepada 2 buah kenderaan yg terlibat. Alhamdulillah kereta masih boleh berfungsi dgn baik, tapi, masih perlukan 'rawatan' juga.

Mencari hikmah atas apa yang berlaku hari ini......? Setidak2nya menambahkan koleksi pengalaman hidupku!


5 comments:

misabammas said...

Pengalaman sendiri menghadapi kemalangan memang fobia... Kali pertama bila baru seminggu beli kereta 9 tahun lalu. Terlanggar bucu longkang sampai pecah tayar kete baru. :-)

Pengalaman ke dua dalam perjalanan ke tempat kerja pagi hari sedang sarat mengandung, ada cik bab 1 melintas tiba2. Rebes bumper n bonet depan, cik bab 1 hilang ntah ke mana.

Lepas tu kereta ke dua, dalam pagar sekolah ketika menunggu nak melintasi bas sekolah yang sedang tunggu ambil budak2, kereta dirempuh motor pelajar dari sisi sebelah kanan hadapan. Menggigil sbb dalam kawasan sekolah. Boleh pulak abang budak tu datang serang kata cikgu langgar dia.

Kereta ke dua juga cik bab 1 melintas lagi hingga maut, dan ini kerosakan paling teruk sampai kete tok leh jalan.

Kete ke dua tu jugak, accdn ngan motosikal ketika keluar simpang, masa nak ke tempat kursus. Akhirnya kete ke dua terpaksa di let go akhir 2010 sebab banyak sgt tragedi sepanjang 5 tahun bersama.... huhu..

kin hashim said...

wa....byk pengalaman cik ni dgn eksiden ye..ehhhe..

indahhouse said...

Salam kak kin,
syukur, tak apa-apa. maklumlah malang tak berbau.
Moga kak kin dalam perlindungan Allah selalu.

Mama3Q said...

saya pun pernah kena macam KIn, masa baru beli kereta 8 thn lepas, sama gak cermin sisi tu kena rempuh..

wfaiziah said...

kin, kembali aktif berblog yer..?
Tapi deah tak ada gambar original...byk gambar hiasan jer..
Alhamdulillah.. syukurlah, tak ada kecederaan apa2..

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).