Wednesday, May 25, 2011

Bila nikmat hidup ditarik....


Sejak petang semalam Kuantan dilanda 'kemarau'. Terputus bekalan air. Khabarnya untuk 3 hari sehingga esok. 'Kemarau' bukan dek kerana kepanasan melampau sehingga kering kontang air di dasar bumi, tetapi kerana 'diputuskan' bekalan air.

Kenapa ya? Entahlah, aku tak begitu jelas la kenapa...... utk maintenance ke apa..tak pasti la pulak. Selama duduk Kuantan bertahun ni, tak pernah pulak sebegini lama keputusan bekalan air.

Yang pasti ketiadaan air selama 3 hari ni benar2 menyusahkan urusan hidup seharian. Untuk sekeluarga dengan anak-anak kecil seramai 4 orang ni, betul2 menguji kesabaran. Mana untuk kegunaan masak memasak, basuh pinggan mangkuk sedikit sebanyak yg perlu, basuh BO,PU anak2 lagi (BO=Bowel opening;buang air besar, PU=Passing urine, buang air kecil). Menjelang pagi, memang air dlm tangki sudah kering!

Buat pertama kalinya, anak2 ke sekolah tanpa mandi pada hari ini. Aku sendiri juga mencatat rekod peribadi, pun pergi kerja tanpa mandi! Tapi, nasib baik, di tempat kerjaku, tak terganggu bekalan airnya (Kalau di hospital pun terputus bekalan air, alamak hospital pun kena tutup la!). Alhamdulillah, tengahari tadi sempat juga mencelah sikit masa utk 'khidmat diri'.

Mmm...ni baru je satu nikmat yg Allah tarik balik. Hidup sudah sedikit kacau bilau. Kedai makan pun banyak yg tutup hari ni. Air mineral kat kedai2 sekitar sini laku lebih hebat dr pisang goreng panas agaknya!


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " Surah Ar-Rahman


10 comments:

indahhouse said...

Salam kak Kin,
apa khabar kak? kesiannya.. seluruh kuantan takde air kak? Betullah, waktu ni kita rasa nikmatnya masa ada air..

Unknown said...

salam kin. lamanya tak communicate dgn kin. mashaallah... sedang diuji dengan kemarau rupanya. tentu sekali rasa terseksa kerana dalam hidup kita ni air sangat2lah pentingnya. moga-moga Allah belas ehsan kepada hamba2Nya dan menurunkan hujan sebagai mengurangkan tekanan emosi dan fizikal akibat ketiadaan bekalan air.

NoorGie said...

Kin, di Dungun Alhamdulillah...hujan hampir setiap hari @ selang 2hari sekali..

Naked Chef said...

Syukuri Nikmat yang ada...Live Tube Video Of Maher zain, Sami Yusuf,Mesut Kurtis,and many more artist from Awakening

ZARA MUSTAFA said...

salam.tapi sstengah org, masa ada air dibazirkan, xde air marah2 pulak. betapa nmpak x bersyukurnya.. zara plg x suka tgk org yg buka air sinki sambil gosok gigi..hehehe.. pnah tegur tp dia buat derk je. kdg2 kita tlg tutup dia mrh pulak.. tp bila time tputus bekalan air, diala yg plg bising..smoga kita x jd org mcm tu

Udy said...

InsyaAllah semoga hari ni air dah ada . ameen .

kin hashim said...

alhamdulillah....masalah tak berpanjangan :).

Blog Berbagi said...

tetap bersyukur

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Pupuk Dasar Tanaman Buncis said...

subhanallah, tulisannya patut dijadikan renungan, makasih dah mengingatkan, gan

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).