Friday, February 19, 2010

@ 3 tahun, menghitung hari


Sedar tak sedar, ' Sejenak Bersamaku...' rupanya sudah mencecah usia tahun ke 3 pada Februari 2010 ini. Di tahun pertama mula berjinak2 dengan dunia blogging, banyak ilmu baru berkenaan ilmu berblogging dipelajari. Agak teruja.


Tahun berikutnya, terasa hobi berblogging semakin menarik bila semakin ramai kenalan maya dikenali. Teman maya, teman blogger...berkongsi salah satu minat yang sama ~ berblogging. Graf keterujaan berblogging masih dalam fasa menaik...heheh..

Menjengah tahun ke 3, pola graf mula berubah. Tak perasan pula bila grafnya berada di puncak, sedar2 graf nya dalam fasa menurun pulak. Banyak faktor luaran yang mempengaruhi......

(gambar hiasan je...) Graf Inverted U-law, diambil daripada ~sini~


Kebelakangan ni, banyak menyibukkan diri dengan urusan di rumah, di samping 'menghayati' sisa2 waktu yang masih tinggal di sini. Lebih 3 tahun berada di bumi asing ini, kini tiba masanya... 'sirih bakal pulang ke gagang'.


InsyaAllah dalam masa 2 bulan lagi kami sekeluarga akan berangkat pulang ke tanah air. Tarikhnya belum pasti, tapi, 'perjalanan' kami sudah pun bermula. Baru semalam kami menguruskan penghantaran beberapa kotak berisi barangan dari sini ke tanah air.


Lebih 3 tahun berkampung di sini, diam tak diam banyak juga 'barangan' terkumpul. Kalau boleh terasa mahu membawa semua yang berkait dengan kehidupan kami di sini bersama kami kembali ke tanah air, buat kenang-kenangan, tapi, apakan daya...di luar kemampuan ...hehhe.. Saya seorang yang 'penyayang' dengan barang2 peribadi, terutama yang mempunyai nilai sentimental. Tu yang bila mengemas, kadang2 sendiri naik 'lemas' tengok barang2 yang kadang2 sudah tidak digunakan lagi, tapi 'sayang' untuk dilepaskan..hehheh..

Tinggal 2 bulan lagi...menghitung hari....



9 comments:

ummunashwa said...

awalnya kak kin shipping barang.. Ina dah kemas-kemas juga tapi mungkin shipping dalam 2 minggu sebelum balik.. Tunggu bos siapkan 1st draft dulu. Abg razali dah submit thesis ker?

Kak Tie said...

Oh Kin... kak tie lambat lak sampai sini.. hehe..

Dah packing rupanya. Memanglah sedih, kan.. pengalaman manis di negara orang tentu tetap kekal dalam ingatan.

Nanti balik Malaysia tinggal di mana ?

Fa'e said...

selamat ulangtahun buat blog "sejenak bersamaku..."
alahai baru je kenal rupanye dh 3thn usianye yea...

2bln lagi nak balik dh antar brg ekk!! awalnye... semoga semuanya berjalan lancar, amin.

Kamsiah yusoff said...

semoga blog kin terus panjang usia...

kin hashim said...

Ina, kitorang hantar brg2 sikit je, pakai kotak je, bukan pakai kontena. Hantar awal sikit dgn harapan barang akan sampai lebih kurang dgn sampainya kami di M'sia :). (tesis blm siap lagi...balik dulu, sbb cuti dah habis, nanti dia datang lagi utk urusan2 lainya)

kak tie, kami tinggal di Kuantan :).

kak fae, saja antar awal sket..biar cepat sket sampai..hehhe..

kak kam, mudah2an... amiin. hehhhe...memnag takde niat nak bersara pun, bagi masa lagi..hehhe..

Anonymous said...

ic, kak kin...Ina baru jer dpt tau pagi td cuti ina dah diluluskan till bulan 7. Tapi InsyaAllah nak balik secepat mungkin.

NoorGie said...

semoga Kin selamat kembali ke malaysia...lama tak ju pa Kin, harap2 dapat bertemu mata hari raya tahun ni :)

Faridrashidi said...

Salam,

Dah lama tak ke sini. Apa khabar kak kin sekeluarga? Mesti anak dah besar-besarkan.

Dah balik Malaysia?

kin hashim said...

kak gie, mudah2an ada rezeki kita jumpa nanti.

farid, waalaikumussalam. hujung bulan 4 ni insyaAllah sampai tanah air :).

Post a Comment

Sudi-sudikanlah sepatah dua kata...terima kasih daun keladi :).