2 hari lepas, ada terima berita yg sangat menyedihkan... cahaya mata sulung sahabat kat sini, Fizah dan Pudin telah dijemputNya terlalu awal...beberapa jam sebelum sempat lahir ke alam dunia. Siapa sangka, selama lebih 9 bulan berada dlm kandungan dalam keadaan sihat walafiat, tiba saat melahirkan, Allah terlebih dahulu menjemputnya.Pagi semalam, sempat menziarahi Fizah di hospital. Teramat sayu melihat sekujur tubuh kecil yg kaku, dlm dakapan ibunya, yg pada ketika itu belum pun lagi 24 jam menjadi seorang ibu... pasti masih terasa sakitnya melahirkan...dan masih terasa betapa 'sakitnya' perasaan menyambut kelahiran jasad seorang anak yg sudah tidak bernyawa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...sbg ibu kepada 3 org cahaya mata, aku memahami naluri dan perasaan seorg yg baru bergelar ibu seperti Fizah...namun, berkongsi perasaan sudah tentu tak sama dgn mengalaminya sendiri. Alhamdulillah kedua ibu dan bapa Pudin ada bersama mereka. Sekurang2 nya mereka berdua tidak bersendirian menghadapi situasi tersebut. Terbayang sedikit kehampaan di wajah kedua org tua Pudin, yg datang jauh beribu batu dr Kelantan, utk sama2 menyambut kelahiran cucu sulung mereka. Namun, apakan daya, ditakdirkan mereka hanya dapat menyambut jasad seorang cucu.
Berbual seketika dgn Fizah dan melihat keadaannya pagi itu, aku pasti tentu sekali sudah byk air mata mengalir mengenangkan anak kesayangannya yg baru sahaja pergi buat selama2nya. Sesekali terasa sebak di dada... hanya sedikit kata2 perangsang yg mampu terluah.. tak mahu menambahkan lagi kesedihan di hatinya, kerana pastinya aku bukan org yg pertama atau terakhir cuba menenangkan dia.Itulah takdir Ilahi..tiada terlambat barang sesaat..tidak juga tercepat, barang sesaat.Manusia merancang, Allah juga merancang...dan sudah pasti perancangan Allah itulah yg terbaik... Sudah pasti ada hikmah yg mungkin tidak terjangkau oleh fikiran kita. Hanya doa dipanjatkan...semoga Fizah dan Pudin tabah menghadapi ujian drp Allah ini.. semoga kedua2nya diberikan kekuatan oleh Allah swt...amiin... Al-fatihah....