Sebagai ganti, aku sepatutnya masuk bekerja seperti biasa. Tapi, disebabkan jadual kerja telah di'set'kan, dan oleh kerana sudah pun cukup tenaga kerja untuk hari ini, aku dinasihatkan 'bercuti'. Aku dengan senang hati menyambut baik cadangan tersebut.
Kebiasaannya, apabila aku masuk bekerja pagi, suami yg akan hantarkan anak2 ke sekolah. Dan bila masuk kerja sebelah petang, kami sama2 akan menghantar anak2 ke sekolah. Hari ini, berkebetulan suami ada urusan di luar Kuantan, dan kebetulan aku pula bercuti, maka aku sendirian ambil tugas hantar anak2 ke sekolah.
Di waktu yg awalnya aku dijadualkan berada di tempat kursus, ditakdirkan aku berada di perkarangan sekolah anak2.....dan ditakdirkan pula terlibat dalam satu kemalangan kecil.
Berhadapan dgn mangsa kemalangan bukan satu yg asing bgku. Hampir setiap hari (hari bekerja). Daripada seringan2 kecederaan, sehinggalah kepada yg membawa kematian. Tetapi terlibat dgn kemalangan secara langsung, inilah baru kali pertama.
Alhamdulillah, cuma kemalangan kecil. Tidak melibatkan kecederaan fizikal sendiri atau anak2. Juga tiada kecederaan fizikal kepada pihak satu lagi. Sekadar kecederaan 'kecil' kepada 2 buah kenderaan yg terlibat. Alhamdulillah kereta masih boleh berfungsi dgn baik, tapi, masih perlukan 'rawatan' juga.
Mencari hikmah atas apa yang berlaku hari ini......? Setidak2nya menambahkan koleksi pengalaman hidupku!