Wednesday, May 25, 2011

Bila nikmat hidup ditarik....


Sejak petang semalam Kuantan dilanda 'kemarau'. Terputus bekalan air. Khabarnya untuk 3 hari sehingga esok. 'Kemarau' bukan dek kerana kepanasan melampau sehingga kering kontang air di dasar bumi, tetapi kerana 'diputuskan' bekalan air.

Kenapa ya? Entahlah, aku tak begitu jelas la kenapa...... utk maintenance ke apa..tak pasti la pulak. Selama duduk Kuantan bertahun ni, tak pernah pulak sebegini lama keputusan bekalan air.

Yang pasti ketiadaan air selama 3 hari ni benar2 menyusahkan urusan hidup seharian. Untuk sekeluarga dengan anak-anak kecil seramai 4 orang ni, betul2 menguji kesabaran. Mana untuk kegunaan masak memasak, basuh pinggan mangkuk sedikit sebanyak yg perlu, basuh BO,PU anak2 lagi (BO=Bowel opening;buang air besar, PU=Passing urine, buang air kecil). Menjelang pagi, memang air dlm tangki sudah kering!

Buat pertama kalinya, anak2 ke sekolah tanpa mandi pada hari ini. Aku sendiri juga mencatat rekod peribadi, pun pergi kerja tanpa mandi! Tapi, nasib baik, di tempat kerjaku, tak terganggu bekalan airnya (Kalau di hospital pun terputus bekalan air, alamak hospital pun kena tutup la!). Alhamdulillah, tengahari tadi sempat juga mencelah sikit masa utk 'khidmat diri'.

Mmm...ni baru je satu nikmat yg Allah tarik balik. Hidup sudah sedikit kacau bilau. Kedai makan pun banyak yg tutup hari ni. Air mineral kat kedai2 sekitar sini laku lebih hebat dr pisang goreng panas agaknya!


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " Surah Ar-Rahman


Sunday, May 22, 2011

Al-Quran

Umat Islam insyaAllah akan maju sekiranya berpegang sepenuhnya kepada Al-Quran, bukannya mengambil separuh2 atau juzu'- juzu' tertentu sahaja....


~Intipati daripada kuliah maghrib Masjid Sg Isap Fasa 3, 20/5/2011


Monday, May 16, 2011

16 Mei

Selamat hari guru buat cikgu2 di luar sana.

Tahun lepas, waktu2 sebegini anak2 baru masuk sekolah kat sini, baru bermesra dengan kawan2 baru2 dan suasana persekolahan baru di sini. Ter'miss' suasana kehangatan Hari Guru. Tahun ini, anak2 sibuk pasal Hari Guru. Sibuk minta dibelikan hadiah utk cikgu2 diorang, termasuk la si kecik Hamdan, pun sibuk nak jugak berikan hadiah utk cikgu2 kat taska.

Semoga anak4 membesar sebagai insan yang tahu menghargai jasa2 seorang guru.