Tuesday, March 30, 2010

Dari Kedah, dari Liverpool

Agak lama laman ini sunyi sepi. Liat sungguh sekarang ni untuk mengemaskini blog. Padahal, bukanlah sibuk sangat pun!

Hari ni, terdetik untuk singgah seketika di sini, bersihkan sedikit sawang2 yang ada....berkongsi sedikit cerita terkini. Sebenarnya, tak ada la perkembangan apa sangat. Hari2 yang dilalui sekarang hanyalah sisa2 masa yang masih tinggal di sini.


Lama sungguh tak 'menerima' atau 'memberi' award nih. Apa2 pun, terima kasih buat Kak Kamsiah yang masih mengingati saya di sini. Dah lama pun Kak Kam bagi ni, saya je yang lengah2 kan gantung kat sini. Sori ye Kak Kam..hehhe.. Terima kasih banyak2 (terima kasih daun keladi..hihhihh) buat Kak Kam, yang rumahnya sentiasa meriah dengan macam2 menu yang menarik dan menyelerakan.


Lebih kurang sebulan lepas pula, kami sekeluarga berkunjung ke Liverpool, atas urusan berkaitan kepulangan kami ke tanah air. Sempat mengunjungi 2 rumah kawan di sana. Yang menariknya, saya dapat membawa pulang beberapa ranting (ranting ke???) pokok kesum.



Sebenarnya, sepanjang lebih 3 tahun di sini, sudah beberapa kali saya berusaha untuk menanam pokok kesum. Tapi, tak panjang umur. Bukan sahaja pokok kesum, saya cuba juga tanam pokok cili, tomato dan beberapa jenis tanaman lain. Kononya buat mengisi masa lapang..hehhe.. Tapi, memang tak de bakat bertani kot! Semuanya tak panjang umur.

Jadi ini adalah 'projek bertani' saya yang terakhir sebelum balik. Kali ni, jauh saya import 'baka'nya..nun dari Liverpool, merentas Laut Irish untuk dibawa balik ke Limerick. Mudah2an kali ini panjang umur pokok kesum ni, dan insyaAllah nanti akan saya wariskan kepada kawan yang masih tinggal di sini.